November 29, 2011

:exam mrsm:

isnin semalam, 28NOV11 exam nak masuk mrsm. aku amik test ni dekat mrsm felda trolak. aku ingat takdela ramai mane yang amik exam tu. tapii, dekat 100 orang jugak yang amik test ni dalam satu sesi. aku amik sesi 1, belah pagi dengan kawan aku, zakwan. kawan aku yang lagi sorang tu amik exam ni dekat hometown die. kedah, mrsm kubang pasu katanya. kalau amik same ngan aku kan senangg, boleh jumpa doh! ramai orang kata test nak masuk mrsm ni susah gilaa! (macam saje nak buat aku cuak). aku search kat intenet katenye soalan yang MESTI keluar math, sains, ngan IQ. time aku jawab semalam, mane ade soalan IQ nih. nasib baik laa kan. fuhh == soalan die standard pmr jela. aku pun tak study sebenarnya sejak pmr haritu. hehe. tapi alhamdulillah aku dapat jawab. kecuali soalan math! macam sial punye soalan. tak bagi formulae pulak tu =='  . jawab test ni pakai komputer. online la kott soalan die. nasib baik jugak jawapan objektif, kalau subjektif, pengsan aku nak menjawabnye lahh! soalan sains pulak, senang la jugak sebab aku minat sains lebih dari math! sains kire macam lojik akal je laa kan. takla memerah otak sangat aku nih. ade test yang lagi satu yang ganti IQ tu, test personaliti kot name die. aku pun dah lupe. maklumlaa baru je tadi aku makan maggi. >< test yang ni paling senang bagi aku. macam jawab paper sivik mase sekolah je. die tanye pasal cita cita, apa kemampuan diri and jasa apabila dah besar nanti. 100 soalan woo! lupe pulak aku nak mention tadi soalan math ade 40 and soalan sains ade 50.
AND, mase hari test ni jugak, aku ade nampak sorang budak perempuan nih. sorry lah eh aku tak cam budak tu. tapi aku perasan die pakai lencana sekolah lama aku, smk seri iskandar. sorry sesangat yee kak? tapi die macam senyum senyum je dekat aku. kalau die cam aku, aku tak cam die pulak, malu la aku! macam lupe kawan je pulak aku ni :(
btw, mase aku dekat mrsm trolak tu, kagum beb tengok sekolah diorang! dah macam kampus universiti dah aku tengok. kategori atas bukit jugak laa. so, sesape yang study kat sane, bersyukur laa korang. bukan senang nak dapat sekolah macamtu, kawann.
DAH AKU STOP. SAMPAI SINI JE

November 26, 2011

-Bosan entry-

bosan entry means entry yang aku buat time aku bosan. memang bosan pun sekarang ni. bukak facebook pun orang tu takde. kejap off kejap onl. menyusahkan aku nak hanta chat je. kawan aku yang lagi sorang ni pulak dah baik balik dengan kawan die tu *glad to heard that* aku ni pulak? ape laa nak jadi. orang kate aku dah semakin berubah. negatif ke postif ke aku tak sure pulak. diorang macam takut nak bagitau aku. hOh! baru aku teringat, exam kemasukan ke mrsm tu susah ke tak? dengar dengar orang kata baca bab math, sains and IQ je. aku ni dahla jenis yang susah nak menghadap buku lepas exam. maklumla, pmr dah habis. so, MERDEKA for me!
yeahh!
tapi dah lepas exam pun aku takde la rase bebas sangat ponn. bosan nak mampos aku dekat sekolah aku tu!

tapi bersyukur la ada cikgu cikgu yang bagi kerja dekat aku dengan kawan baik aku tu. bersihkan halaman dekat depan bilik pengetua. hOhO!
pengetua pulak time tengok group kitorang punya kerja,   siap puji puji lagi. yeah!
sayang pengetua!

tapi. dah hari last sekolah baru la cikgu bagi kebebasan sikit sebab tin sardin tempat student form3 dikirung telah diganti dengan kelas lama aku! jauh dari orang boleh la budak budak form 3 ni menggila sikit. sikit jela (jadi laa)
aku ada peluang jugak nak lepak lepak dengan dayang-dayangku yang 4 orang tu. tapi sorang tu dah bajet kerek depan aku. menyampah sioot!
btw, takot gilaa aku ngan exam tu. hari isnin depan kot! 28NOV11. brape jam je lagi time yang aku ada untuk buat revision. aku pulak dengan penyakit malas nye lagi ><' adoi la~!

kawan aku dekat facebook ni suruh aku pasang lagu harmoni. huh?!
aku ni dahla jenis yang minat lagu keras keras. HAHAHA. takpe laa,  taste setiap orang berlainan betul tak?

btw, aku harap entry aku yang ni tak memeningkan kepala-otak korang yang membaca ;)